TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 

PENSYARAH
Pn Nor Sakinah bt Mohamad
 

 

TUGASAN 6

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN TIGA
MENGGUNAKAN DATA DARI SATELIT

   

1.0    PENGENALAN
2.0    RANCANGAN PENGAJARAN

2.1 Rancangan Mengajar I    (Norin bt Mustaffa)
2.2 Rancangan Mengajar II   (Mas Erni bt Mohamed Ali)
2.3 Rancangan Mengajar III  (Asniza bt Musa)

3.0   Lampiran Guru

RUJUKAN

 


              

1.0    PENGENALAN
Satelit mikro Malaysia yang pertama, TiungSAT-1 telah dilancarkan pada jam 6.05 petang waktu Malaysia pada 26 September 2000 menggunakan roket pelancar Dnepr di tapak pelancar Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.  Satelit mikro pertama ini merupakan ilham Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan nama "Tiung" itu dicadangkan mengambil sempena nama burung tiung (Myna).  Satelit TiungSAT-1 ini dibangunkan melalui Program Latihan dan Pemindahan Teknologi di Pusat Angkasa Surrey.  Program ini adalah kerjasama antara Surrey Satellite Technology Ltd. (SSTL) dan Austronautics Technology Sdn. Bhd. (ATSB).

        Malaysia mula menceburi secara bersepadu sektor aeroangkasa dengan terbentuknya Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia pada tahun 1997 dengan harapan pembangunan sektor aeroangkasa negara akan menjadi pemangkin pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia (Azmi Hassan, 2002).  Komitmen kerajaan dalam memajukan industri aeroangkasa menjadi lebih nyata dengan tertubuhnya Agensi Angkasa Lepas Nasional (AALN).  Agensi ini yang kini diterajui oleh Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman  yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang sains angkasa dijangka memainkan fungsi dengan lebih aktif dalam menentukan dasar dan arah tuju industri aeroangkasa.  Malaysia juga berhasrat untuk membangunkan pusat angkasa yang akan mempunyai pelancar satelit.  Usaha ini juga adalah demi kepentingan pertahanan negara.

        Selain dari memajukan industri pembangunan satelit, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan juga akan membuka peluang untuk memajukan industri aeroangkasa yang lain seperti bidang penyelidikan dan pembangunan, industri sampingan, aplikasi dan khidmat profesional.  Oleh itu, kefahaman mengenai teknologi satelit perlu dipupuk sedari awal lagi kepada generasi yang akan memimpin negara pada masa akan datang supaya mereka dapat merealisasikan hasrat kerajaan ini. Pendidikan merupakan kunci ke arah  merealisasikan hasrat ini.  Golongan pendidik perlu terlebih dahulu didedahkan kepada penggunaan teknologi satelit dalam pendidikan sebelum mereka dapat mengaplikasikannya di dalam bilik darjah.

        Satelit merekod maklumat berkaitan dengan permukaan bumi dan atmosfera secara berterusan, dan menghantar sejumlah besar data (gigabait setiap hari) kepada pusat pengumpulan dan penyimpanan data.  Imej-imej dari satelit ini sangat berguna untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.  Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik kerana menggunakan data-data yang sebenar, bukannya bergantung semata-mata kepada buku teks yang ketinggalan masa kerana terdapat antara kandungannya hanya relevan untuk suatu tempoh yang tertentu sahaja.  Adalah menjadi satu kerugian sekiranya pelaburan yang bernilai berbilion ringgit ini tidak dimanfaatkan secara sepenuhnya.

        Satu perkara yang menjadi kesulitan kepada para pendidik ialah mekanisme untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bersumberkan imej-imej satelit.  Ini adalah kerana belum ada sebarang program kerjasama antara golongan pendidik peringkat sekolah rendah dan menengah dengan agensi kerajaan bagi menumpukan usaha penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dari satelit secara berterusan.  Satu bengkel Makrosatelit dalam Pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA), Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB), Institut Fizik Malaysia (IFM) dan Mahkota Technologies Sdn. Bhd. (MARTS) pada tahun 17 Disember 1997 hanya memakan masa sehari sahaja dengan penyertaan yang terhad pula.  Oleh itu, kumpulan kami cuba merangka satu rancangan pengajaran yang berkaitan dengan satelit serta memanfaatkan penggunaan bahan-bahan dari satelit sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran.

              

2.0    RANCANGAN PENGAJARAN
Rancangan pengajaran ini dibina dengan menyesuaikan kurikulum yang sedia ada dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran bersumberkan bahan dari satelit.  Kami memilih topik Bumi dan Alam Semesta dalam mata pelajaran Sains Tingkatan Tiga kerana didapati isi pelajarannya adalah sangat sesuai untuk memperkenalkan teknologi angkasa lepas kepada pelajar secara berkesan.
Rancangan pengajaran ini terbahagi kepada tiga mengikut tajuk yang disusun mengikut perkembangan pengetahuan yang perlu dicapai oleh pelajar.

      

2.1 Rancangan Mengajar I    -  Sistem Suria
                                               
2.2 Rancangan Mengajar II
   - 
Perkembangan Kajian Angkasa Lepas (Satelit Buatan)
                                               
2.3 Rancangan Mengajar III 
Faedah Teknologi Angkasa Lepas Untuk Manusia
                                                 


       

RUJUKAN

Azmi Hassan. 2002. Kepentingan satelit dari sudut strategik. Berita Harian, 13 Julai.

Austronautics Technology. 2002. __________________ (atas talian).  http://www.atmsb.com.my/ (23 September 2002)

Surrey Satellite Technology Ltd. (tanpa tarikh). ____________(atas talian) http://www.sstl.co.uk/ (23 September 2002)
                   


ke atas

   

      

  

PERKEMBANGAN KAJIAN ANGKASA LEPAS

      
Mata Pelajaran :  Sains
  
Tingkatan :  Tiga
  
Masa  :  80 minit 
   
Topik :  Bumi dan Alam Semesta
  
Tajuk :  Perkembangan Kajian Angkasa Lepas :
  Teknologi Satelit Buatan
  
Hasil Pembelajaran
:  Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan 
  dapat;  
   i.   memahami perbezaan satelit buatan dengan satelit 
        semulajadi,
   ii.  memahami bagaimana imej satelit dibuat
   iii. menyenaraikan kelebihan teknologi satelit.
   
Penyerapan Ilmu :  Ilmu astronomi
   
Kemahiran Generik :  i.  Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) (mencari dan 
       memproses maklumat, membanding beza, menganalisis, 
       memberi pendapat) 
   ii. Kemahiran belajar (mencari dan menganalisis maklumat).
     
Penerapan Nilai Murni :  Bersyukur, bekerjasama dan berdisplin
Kecerdasan Pelbagai :  i.   Kecerdasan ruang/imaginasi;
   ii.  Kecerdasan intrapersonal;
   iii. Kecerdasan interpersonal;
   iv. Kecerdasan logikal.
     
Media Pengajaran :  i.   Imej dari satelit,
   ii.  Atlas 
   iii. Pensel dan pembaris;
   iv. Lembaran tugasan.
     
Pengalaman Sedia Ada Pelajar telah mempelajari tentang sistem suria dan satelit 
  semulajadi yang boleh membantu dalam pembelajaran ini
     

Aktiviti 

Langkah / Masa Isi 
Pelajaran
Aktiviti Pangajaran dan Pambelajaran Media P'ajaran Kemahiran Generik
Guru Pelajar


Langkah 1
(10 minit)
(Set Induksi)

Refleksi 
  
Pengenalan satelit buatan
    
1. Menunjukkan 
     model sistem 
     suria

 2. Mengemukakan 
     beberapa 
     soalan kepada 
     pelajar :

   i.  konsep 
      pergerakan 
      planet-planet 
      dlm sistem 
      suria
  ii. definisi satelit
   

 3. Menjelaskan 
     objektif 
     pelajaran dan 
     memperkenal-
     kan satelit 
     buatan.
     

   
1. Membuat refleksi 
     pembelajaran 
     lepas.

 2. Memberi respon 
     berdasarkan 
     pembelajaran 
   
      lepas dan 
     pengalaman.
      
       
       
       
       
       
     
       
 3. Mendengar dan 
   
      memproses 
     maklumat

  
Model sistem suria
  
KBKK:
Menjana minda 
   
Kecerdasan Pelbagai
:
Kecerdasan interpersonal
Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pangajaran dan Pambelajaran Media Pengajaran Kemahiran Generik
Guru Pelajar

  
Langkah 2
(20 minit)  
(Aktiviti P&P)

 Imej satelit

Pembentuk-
an imej   satelit

  
 1. Berbincang 
     tentang 
 
     kegunaan satelit 
     buatan
         

 2. Mempastikan 
     pelajar bergerak 
     kpd kumpulan 
     masing-masing

 3. Mengedarkan  
     beberapa imej 
     satelit untuk setiap
     kumpulan

     Meminta pelajar 
     menganalisis 
     imej tersebut 
     dan membuat 
     catatan.

 4. Guru 
     mengedarkan 
  
      bahan bacaan ttg
     bagaimana imej
     satelit diambil

 5. Mempastikan 
     pelajar berbincang
     semula dlm 
     kumpulan dan 
     membanding 
     catatan awal 
     mereka dengan 
     bahan bacaan 
     yang diberi.
     


 1. Membuat 
     penaakulan  
     (brainstorming) 
     tentang kegunaan 
     satelit buatan

 2. Bersedia dalam 
     kumpulan 
     masing-masing
        

 3. Menganalisis imej 
     yang diberi dan
     membuat catatan 
     hasil analisis 
     tersebut
   
       

      
       

 4. Membaca dan 
     memahami bahan 
    yang diterima
      
           

 5. Membuat 
     perbandingan 
     penilaian 
     kumpulan 
     sebelum dan 
     selepas bacaan

      
Imej satelit berwarna
  
Bahan bacaan

              
KBKK:
Membuat analisis
Mencari dan 
memproses maklumat 
Membuat perbandingan
       
Kecerdasan Pelbagai
:
Kecerdasan ruang/imaginasi
Kecerdasan logikal
Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pangajaran dan Pambelajaran Media Pengajaran Kemahiran Generik
Guru Pelajar

  
Langkah 3
(10 minit)
(Aktiviti P&P)

Perbincang-
an
       
 1. Membuka sesi 
     soal jawab jika 
     pelajar ada  
     kemusykilan 
     supaya ahli 
     kumpulan lain 
     dpt membantu

 2. Membuat 
     pembetulan 
     jika perlu 
     berdasarkan 
     respon pelajar.


 1. Mengemukakan 
     masalah, soalan 
     atau pandangan 
      
       

      

 2. Memberi respon 
     terhadap masalah, 
     soalan atau 
   
      pandangan yang 
     diberi oleh 
     kumpulan lain. 

     
KBKK:
Memproses maklumat.
Mengeluarkan pendapat
     
Kecerdasan Pelbagai
:
Kecerdasan ruang/
imaginasi
Kecerdasan logikal
Kecerdasan intrapersonal 
     
Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pangajaran dan Pambelajaran Media Pengajaran Kemahiran Generik
Guru Pelajar

 
Langkah 4
(25 minit)
(Aktiviti P&P)

Gerakkerja
dalam
kumpulan

 
 1. Mengedarkan satu
     imej satelit,  
      
     lembaran soalan &
     atlas utk dianalisa 
     oleh setiap 
      kumpulan

 2. Meminta pelajar  
     menyelesaikan 
     tugasan berdasar 
     lembaran soalan 
     yang 
diberi. 

3. Meminta setiap 
    kumpulan    
    mempersembah      
    hasil perbincangan 
    masing-masing. 
                             

 
 1. Menerima imej 
     satelit, soalan dan 
     atlas
     

          

 2. Meneliti tugasan 
     yang diberi
     

                

 3. Mempersembah 
     hasil 
     perbincangan 
     depan kelas

  
imej satelit berwarna
  
lembaran soalan
     
atlas
     
papan putih dan marker

 

  
KBKK:
Menganalisis
Memproses maklumat
Membanding dan membeza
   
Kecerdasan Pelbagai
:
Kecerdasan interpersonal
dan intrapersonal
Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pangajaran dan Pambelajaran Media Pengajaran Kemahiran Generik
Guru Pelajar

   Langkah 5
(Pasca Aktiviti) 

Penilaian Pelajar
  
Faedah
satelit

 1. Mengemukakan 
     beberapa soalan   
     kpd pelajar untuk 
     aktiviti refleksi :

     i.  Apakah yang 
         telah mereka 
         fahami tentang 
         satelit buatan 
         berdasarkan 
         pelajaran hari ini

     ii. Apakah kelebihan 
        & faedah-faedah  
        yg boleh didapati 
        dari teknologi 
        satelit?
       

  
 1. Pelajar menjawab 
     soalan refleksi 
     tersebut.
     
Penilaian kendiri
   
Kecerdasan Pelbagai
:
Kecerdasan intrapersonal
     
Nilai murni
:
Memanfaatkan teknologi ke arah kebaikan. 

ke atas

     

3.0 Lampiran Guru

     
Konsep Sistem Suria 

Sistem suria kita terdiri daripada Matahari, planet, satelit semula jadi, komet, meteoroid dan asteroid. 
Matahari merupakan pusat sistem suria yang dikelilingi oleh beberapa jasad seperti planet-planet dan objek-objek lain di angkasa.

Sistem suria terletak di dalam galaksi yang bernama Bima Sakti. Iaitu di antara berjuta galaksi di alam semesta.

Semua planet kecuali Utarid dan Zuhrah mempunyai satelit semula jadi yang sentiasa mengorbit planet

Satelit semula jadi Bumi dinamai bulan dan satelit ini tidak mengeluarkan cahaya tetapi memantulkan cahaya dari Matahari.

Setiap planet juga berputar pada paksinya dengan kelajuan berbeza-beza dan mempunyai daya graviti yang berbeza-beza juga.

Daya tarikan graviti matahari akan mengelakkan planet-planet serta objek-objek lain dalam sistem suria daripada melayang di angkasa lepas

 

     
Enam Kegunaan Satelit
Kajian saintifik (untuk pemetaan suhu permukaan laut)
Cuaca (ongoing data)
Komunikasi (untuk mengesan sistem satelit)
Navigasi (global positioning system)
Pemerhatian bumi (pemetaan)

Pertahanan

 

      
Contoh Satelit

Landsat 7

 

Earth Observing System - EOS AM 1

 

Tiungsat

 

       
Bagaimana Imej Satelit Diambil?
  

Satelit menggunakan instrumen remote sensing untuk mengumpul data yang dipindahkan dari satelit ke bumi sebagai radar atau isyarat gelombang mikro.

Sesetengah satelit mempunyai instrumen yang aktif yang boleh menghantar isyarat  dan merekod talunnya apabila ia melantun semula kepada satelit tersebut. Konsep ini sama seperti  sebuah kapal yang menggunakan sonar untuk membuat pemetaan laut.

Satelit lain menggunakan instrumen yang pasif tidak menghantar isyarat tetapi cuma mengumpul radiasi yang dikeluarkan atau dipantulkan oleh bumi.

Data satelit mentah sebenarnya cuma set nombor-nombor yang didaftarkan oleh satu peralatan digital. Nombor-nombor tersebut dengan sendirinya tidak membentuk sebarang imej.

Menukarkan data kepada imej memerlukan perisian komputer yang mengubah nilai radiasi kepada warna-warna yang dapat dilihat.

       
Imej Dari Satelit

Analisa Imej Satelit I

Sumber: http://school.discovery.com/lessonplans/programs/satelliteimages/

  

Analisa Imej Satelit I

Sumber: http://school.discovery.com/lessonplans/programs/satelliteimages/
   
Contoh Analisa Imej Satelit I
Letupan Gunung Berapi (Gunung Usu, Jepun)
Tiga lingkaran gelap adalah abu yang didapati dari letupan tersebut.
Dalam masa 6 bulan, abu tersebut akan menghilang. Salji masih kelihatan tetapi akan berkurangan. Jika gunung berapi tersebut meletup semula ia mungkin akan mengeluarkan kepulan abu yang tebal dan kawahnya akan bertambah lebar


Imej Satelit II
Pergerakan Glasier

Alaska

Imej Satelit III
Kebakaran
Mexico dan Guatemala (Teluk Mexico)
  

     
ke atas


Menu Kursus