TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 

PENSYARAH
CiK Aidah Abdul Karim  


TUGASAN 4

Bahagian A: Mengadakan forum “Wacana Minda  Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan” pada 6/07/02 di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan UKM.    

Wacana Minda  Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan
 

Pembelajaran Sepanjang Hayat, Pembangunan Sumber Manusia dan Penerapan KBKK 
dari 
Perspektif Teknologi Maklumat

Ahli Panel
En. Sahalani b. Basar
En. Jailani b. Mohideen
Cik Mas Erni bt. Mohamed Ali

Dipengerusikan Oleh
En. Che Rose b. Bakar

Pada

6 Julai 2002 (Sabtu)
9.00 pagi - 12.00 tengahari

Di
Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UKM.

 


                                                                                           

Bahagian B: Meletakan maklumat pembentangan Forum “Wacana Minda  Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan” secara ilmiah di laman web anda. Pastikan maklumat yang dimuatkan adalah berdasarkan peranan anda dalam forum tersebut.

 


Teknologi Maklumat dan Penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
(Ringkasan Kandungan Forum ) 


      

TINJAUAN TENTANG KBKK

            

Definisi

  • kemahiran seumur hidup

  • proses penyelesaian masalah berdasarkan pelbagai perspektif

  • pengelolaan operasi-operasi kognitifseseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.

  • secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju - proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

  • Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking  "Making a choice based on reasoned judgement"  memberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting".

  • Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan kemahiran ini berdasarkan akronim J. U. D. G. E.

Jot down occasion for decision
U
se brainstorming for alternatives
D
ecide on best possibilities
G
auge positive and negative outcomes
E
xpress selection (Decide)

 Tujuan

  • mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak

  • mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif

  • mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit

  • meningkatkan aspek kognitif dan afektif

  • bersikap terbuka

  • membina keyakinan diri untuk memberi hujah,

  • membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti,

  • berani memberi pandangan dan kritik.

  • cabaran untuk menggalakkan perkembangan pembelajaran pelajar dari cuma menerima, menghafal dan muntahkan semula kepada tahap yang lebih tinggi

 Ciri-Ciri Pemikir Bijak

cekal, luwes,  reflektif, kurang impulsif, ingin tahu, mengambil risiko, mahir menyoal, tidak mudah putus asa, asertif, berkerjasama. 

Jenis-Jenis

  • Secara kritis

Kritik - bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai.

Asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah.

Umumnya kemahiran berfikir secara kritis- kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.  

Dynamic reorganization of knowledge in a meaningful & usable ways

  • Secara kreatif

Kecekapan menggunakan minda untuk:

menjana dan menghasilkan idea,

mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai 

menerokai dan mencari makna, pemahaman  serta penyelesaian masalah secara inovatif

Jonassen (1996)- "requires going beyond accepted knowledge to generate new knowledge"

 Semuanya untukk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak

Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

  - Membanding dan membeza
  - Membuat kategori
  - Menerangkan sebab
  - Meneliti bahagian-bahagian kecil
    dan keseluruhan
  - Mengusul periksa andaian
  - Membuat ramalan
  - Membuat inferens

  - Menjana dan menghasilkan idea
     yang pelbagai
  - Mencipta analogi
  - Mencipta metafora

 

Alat-Alat Berfikir

  • bantu guna minda dengan lebih bijak dan berkesan.

  • pemikiran lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu

  • membantu kita  membuat pemikiran secara visual dan terkawal.

    •  Soalan dan penyoalan

Soalan penyoalan  membantu kita berfikir secara  mendalam dan meluas,sebagai guru, pengetahuan mengenai  soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras, skop dan fokus

Taxonomi Bloom Aras Tinggi  dan Rendah

                                                                Penilaian
                  
Aras Tinggi                  Sintesis
                                            Analisis
           _________________________________
                                 Aplikasi
                 Kefahaman                
Aras Rendah
 Pengetahuan

 

Pemikiran Vertikal dan Lateral

Pemikiran ‘vertical’- pemikiran secara logik dan kritis.

Contoh: Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku?

Pemikiran ‘lateral’ - mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik tetapi kreatif.

Contoh: Bagaimanakah kita boleh ukur tinggi sesuatu pokok?

Pemikiran Bertumpu dan Bercapah

pemikiran bertumpu- tumpuan dalam menganalisis maklumat.

Contoh: Ali deman. Dia tidur di bilik darjah. Mengapa Ali tidak faham apa yang cikgu mengajar?

pemikiran bercapah - mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru.

Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan?

Soalan Bertumpu Soalan Bercapah
Aras rendah Aras tinggi  
Jawapan  terhad Jawapan luas  
Berbentuk tertutup Berbentuk terbuka 
Sesuai menguji daya ingatan Sesuai  menguji penaakulan dan penafsiran
Lebih  bersifat objektif Lebih  bersifat subjektif  
  •  Peta Minda

  • Pengurusan grafik

  • Cort

 

Pendekatan KBKK/ Stategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir

  • Terpisah : tidak dikaitkan dengan kandungan mata pelajaran
  • Penyebatian : diajarkan secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata pelajaran, bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat berfikir

      Penyebatian Penuh

           Pengenalan kepada isi subjek dan KBKK,  

Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi subjek dan KBKK

Refleksi dan metakognitif,

Pengukuhan isi subjek dan KBKK,

Aplikasi KBKK dalam situasi harian

                Penyebatian Separa

            KBKK digunakan di dalam  mana-mana langkah  dalam pengajaran dan   
           pembelajaran bagi subjek yang di ajar, sama ada pada peringkat 
           permulaan,perkembangan dan penutup

 


 KBKK dalam TM  

Peranan

  • Perlu untuk mempelbagaikan pengalaman pembelajaran

  • Penggunaaan teknologi dalam pendidikan tidak dapat dielakkan
  • Tapi maklumat semata-mata tidak akan memberi makna tanpa pemerolehan ilmu.
  • Ilmu tidak sama dengan maklumat.
  • Ilmu memerlukan maklumat yang benar untuk dapat memberikan manfaat kepada pemiliknya
  • Oleh itu penerapan KBKK memainkan peranan penting dalam menangani cabaran-cabaran era teknologi maklumat.
                 

Teori Pembelajaran Konstruktivis

  • memberikan panduan yang manarik untuk mempraktikkan penerapan kbkk dalam kelas yang menggunakan teknologi.
  • meningkatkan kualiti kerja dan memperbanyakkan sumber dari luar bilik darjah
  • pembelajaran sebagai pengalaman peribadi individu yang bergantung kepada proses pemikirannya.
  • pembelajaran menjadi aktif dan reflektif
  • pelajar gabung pengalaman belajar dan refleksinya untuk memberi makna unttk menyokong pembinaan pengetahuan baru.
  • kemahiran menyoal penting
  • komputer boleh digunakan untuk membantu mengaktifkan pengalaman belajar pelajar
  • ia juga membantu pelaar membuat refleksi seperti semasa perbincangan online yang memerlukan respon segera
  • komputer sebagai alat untuk berfikir
  • Sedl, 1999 : untuk memperkenalkan teknologi dalam kelas
    • matlamat yang boleh dicapai
    • pelan kedua
    • minta bantuan bila perlu
    • belajar dari dan bersama-sama pelajar

 

Bagaimana Teknologi Maklumat membantu KBKK?  

  •  Antara jenis-jenis  projek berasaskan TM (Williams, 2000)

    Resource Based  
   
pelajar meneliti topik
    guru memberi soalan-soalan
    pelajar mencari maklumat
    pelajar menyusun semula maklumat berdasarkan soalan

Tradisional

Resource-Based

Guru-pakar
Buku teks - sumber
Fokus kepada fakta
Maklumat disediakan
Penekanan kepada hasil
Penilaian kuantitatif
Guru - fasilitator
Berbagai sumber
Fokus kepada soalan
Maklumat ditemui
Penekanan kepada proses
Penilaian kuantitatif dan kualitatif

     

Simple Creations
membina kreativit

pelajar bereksperimen

pelajar meneroka

mementingkan proses

brainstorm

menilai idea-idea

bertindak

fleksibel

 

Contoh : Membina robot

Guided Hypermedia Project

penggunaan teks, graf. imej, multimedia untuk menyampaikan mesej. 

penekanan kepada kepentigan membuat persediaan

planning             - setting goal, theme, purpose

researching        - collect info

organising          - arrange & display the ideas (layout, graphics, etc)

developing        - into the computer

communicating  - presenting

evaluating         - what works? What needs improvement?

 

Web-Design Projects

membina dan menerbit laman web

4 langkah penyediaan

          preparation
          pre-instruction
          facilitation
          consolidation

   

  • Menggunakan perisian aplikasi yang banyak memerlukan penerapan unsur-unsur KBKK

email

Pangkalan data

pemprosesan perkataan

hamparan elektronik 

Internet

simulasi

prerisiaan persembahan

 

 Contoh Pendekatan  Pembelajaran (Tammy Worchester 1997)

The three components (3 Cs) of Effective Computer Use:

 

Content

Students should gain content knowledge while working at the computer.

Critical Thinking

Students should be engaged in higher level thinking and developing those skills while they are using the computer.

Computer Skills:

Students should gain technical skills while they are working at the computer. Note - moving and clicking the mouse is not considered a computer skill. Computer skills include things like keyboarding, formatting text, inserting graphics, cutting and pasting, recording sounds, creating animations and special effects, etc.

 

 

   


RUMUSAN

Kita memiliki dua belah kaki yang kita amat mahir untuk berjalan, berlari, melompat . Kita belajar kemahiran menggunakan ke dua-dua belah kaki sejak detik kita mula belajar berjalan. Keadaan ini sama juga dengan otak kita yang sememangnya dianugerahkan tuhan sejak kita dilahirkan. Bezanya ialah apabila kita mula menjejak kaki ke alam persekolahan, kognitif kita telah dijuruskan kearah yang seakan-akan menumpu kepada satu bahagian otak sahaja dan mengabaikan bahagian yang satu lagi.

Dalam pendidikan, kurikulum usang kelihatan memberi penekanan kepada penggunaan satu hemisfera otak sahaja dan boleh dianggap punca " kecatatan " pemikiran generasinya. Sistem pendidikan kita seolah-olah mengajar generasi pelajar kita kemahiran logik semata-mata. Justeru itu sistem penilaian dalam pendidikan memberi pengiktirafan yang tinggi terhadap mereka yang memiliki tahap pemikiran logik yang "tinggi" . Di sebelah tabir realiti penghidupan terbukti ramai yang berjaya dengan cemerlang dalam penghidupan sebenar walhal semasa di bangku sekolah mereka tidak cemerlang mengikut kayu sistem pendidikan kita.

Persoalannya ialah, adakah logik semata-mata sebagai teras kurikulum dapat menyelesaikan masalah sebenar dalam kehidupan? Sistem pendidikan kini cuba mencari jawapan kepada fenomena ini dengan memperkenalkan KBKK sebagai komponen dalam kurikulum terkini. KBKK sebagai komponen dalam kurikulum bertujuan untuk membudayakan pelajar-pelajar kita memaksimumkan penggunaan otak.

           


Menu Kursus